Atas Restu Allah
Monday, 19 November 2012 • 10:02 • 0 comments Assalammualaikum... Lately ni entah knpa.Rasa x sedap hati plak.Mcm-mcm perkara yg bermain di fikiran yang aku sendiri tak pasti perkara itu.Faktor hormon atau memang perasaan saja.Kadang-kadang tetiba je rasa nak nangis.Kenapa dengan aku? Aku lebih banyak memerap dalam bilik daripada meluangkan masa brsama family aku.Makan dalam bilik,sembahyang dalam bilik.Mandi dalam bilik.*Bilik air ada dalam bilik*.Aku selalu fikir tentang perkara 'itu' dan 'itu' membuatkan aq x senang duduk. Adakah aq seorang yang terlalu memilih,seseorang yng sensitif atau aku seseorang yang terlebih fikir.Fikiran yang tidak sepatutnya difikirkan oleh remaja seperti aku.Selalu berasa iri hati,bersangka buruk, malah kadang-kadang perasaan hasad dengki tersebut seolah-olah memakan diri aku sendiri.Selalu merasa bahawa aku yang telah banyak berkorban walhal orang lain lebih dari aku.Kenapa dengan aku? Dalam meniti ke arah yang lebih diredhai,Aku cuba kikis perasaan tu tapi tetap tak boleh.Ya Allah,peliharalah aku.Kenapa aku jadi mcm ni? Aku tahu aq seorang yng tak sempurna,tak lekang dari dosa,namun,perasaan sebegini membuat aku sedar bahawa hanya Allah tempat aku bersujud,tempat aku mengadu.Bukan papa atau mama,bukan adik-beradik atau kawan.Selama ni aku dihujani dengan kemewahan.Kemewahan yng mengaburi mata aku daripada terus mencari apa itu erti ''Keberkatan''.Sesungguhnya aku dikelilingi oleh ukhuwah yng soleh dan solehan.Namun,aku tetap tak bersyukur dengan apa yng aku ada.Aku mahukan lebih,,lebih dan lebih.Sifat tamak dan bakhil telah membuatkan hati aku jauh menyimpang. Kadang-kadang mereka persoalkan kenapa aq jadi begitu. Mungkin aku dianggap pelik, namun percayalah setiap perkara yng aku lakukan ada sebabnya.Sebab yang hnya dapat diketahui dengan hati bukan dengan fikiran. Demi Allah,aku hanya manusia biasa,manusia yang sedang mencari apa itu kebahagiaan.Sedetik tiba,aq juga berfikir layakkah aku untuk mendapat kebahagiaan tersebut.Walaupun aku dapat merasakan ianya mustahil bagiku. Sesungguhnya hanya padamu Ya Allah tempat aku memohon pertolongan. Syasya~~
|
|