Nik Nur Madihah
Sunday, 3 June 2012 • 04:48 • 0 comments
Assalammualaikum...
Cuti sekolah ni mcm2 buku aq bca, buku
motivasi la novel la dan mcm2 lgi la except buku pljaran.Baru ni aq bca buku
motivasi yng ditulis oleh Nik Nur Madihah.Sapa x kenal pelajar terbaik spm 2008
yng pernah mengemparkan media masa tentang kejayaan beliau mendapt 20A(19 A1 1
2A).
Saudara aq bg pinjam buku sbb dia tngk aq n kak aq duk rajin
sngt bca buku kat umah dia *walhal kmi bca buku ntah apa-apa tah*...
''CATATAN HATI NIK NUR MADIHAH'' seriusly,terasa diri aku sngt
lemah apabila bca buku ni..terasa diri aku begitu bodoh saat aq bca buku ni.
''Kesusahan Bukan Penghalang Kejayaan'' .. aq cukup terpegun dengn sikap dia
yng tidak pernah putus asa,sikapnya yng tidak pernah berhenti
berdoa,bertawakal.Kasih sayang dia terhadap keluarganya sngt buat aq terharu.
Habis dua kotak tisu aq guna..yang pling aq tertarik..scene ni : ''Bilalah ayah
nk merasa masuk Tv.Tunggu Kak Long pecah rekod mcm Siti Fatimah dapat 18 A1
tulah'',kata ayahnya. Lalu dia cakap ''Insya-Allah,Kak Long akn buktikan!''
dengan tekadnya.
Nik Nur Madihah mempunyai seorang guru yng sngt prihatin
terhadap keadaanya.Dia mengelar guru tersebut ''Papa Li''. Bagi aq,aq cukup
tabib arh kat papa li ni sbb dia selalu bg sokongan kat Nik nih x kira dari
segi apa-apa pun.Kewangan,semangat dan mcm2 lgi.Nik Nur Madihah pun manusia biasa,jgak
menginginkan entertainment seperti henset.Namun dia tetap percaya bahawa rezeki
Allah itu amat luas.
''Saatnya 20A'' bab ni pling best.Tang ni aq hbskan bnyk tisu..Papa
Li kata ''Madihah buatlah persiapan untuk berdepan dengan wartawan nnti,cikgu
rasa ada satu rekod akan berlaku di sekolah kita esok''...Papa Li siap tempah
kot bru lgi sbb yakin Madihah akn berjaya.
Yang pling bestnya,dia x pernah pun bg tao mak ayah dia yng dia ambil 20 subjek.scene ni buat aq nak nangis ni :
''Saat nak terima keputusan. Madihah berfikir sejenak,''Hairan,kawan-kawan kelasku menerima keputusan spm dengan wajah seceria pelangi.Temanku Farah Aisya mendapat 17A,Asyikin mendapat 13A dan teman-teman yng lain kebanyakkannya dapat 8A ke atas.Aku?''
Menurut guru-guru terdapat sedikit masalah dengan keputusanku,result yang diterima menunjukkan aku hanya mengambil 18 subjek.Ke mana perginya lagi dua subjek?Sehingga petang barulah result penuhku diterima pihak sekolah tetapi masih menjadi tanda tnya?. ''Kita tunggu mak ayah Madihah datang dulu,baru kita umumkan.''kata guruku.Ketika itu,hati rasa sebak,bimbang bercampur baur.Aku hanya mempamerkan senyuman kepada semua orang bg memujuk hatiku.Melihat ramai wartawan berkumpul di sekolah kami,teman-temanku mengucap tahniah. ''Madihah,kami yakin sekali 20A berada dalam genggamanmu''.kata mereka.Aku bertahmid dalam hati tetapi masih ragu.Apakah benar telahan itu?. ''Cik Kamal,pihak sekolah minta Cik Kamal datang ke sekolah sekarang.Kita nk umumkan keputusan Madihah.''Kata seorang guru.Ayah kelihatan terpinga-pinga.Begitu istimewakah keputusan ku sehingga guru sanggup menelefon ayah.? ''Ya..ya..ya saya datang sekarang''.kata ayah tidak jadi mengharung lautan. Di sekolah,Papa Li antara insan yng pling ceria.Dia melihatku dengan senyuman panjang.Papa Li mampir.Matanya nmpk kebasahan.Apakah guruku menangis? ''Cikgu bersyukur Madihah,Cikgu dah sujud syukur kepada ALLAH.' katanya. Aku semakin kekalutan.Dan semuanya terjawab apabila ayah dan umi disambut meriah oleh warga sekolah.Aku diumumkan mendapat 20A.Satu daipadanya iaitu subjek biologi aku mendapat 2A. SUBHANALLAH. Hah...tulah ceritanya! Best kan?? Ya kesederhanaan hidup bukan alasan untuk seseorang itu memperoleh kejayaan.Apabila bca buku ni..Owh hati ku terasa sngt sedih...Sedih dngn tindakkan aku.Bolehkah aq jadi seperti dia? Sementara dia tidak mampu berpisah dengan buku nikan aq yang yng masih lgi berfoya-foya,meluangkan masa dengan aktiviti yng pastinya tidak menjamin kejayaan buat driku.Bolehkah aku menunaikan impian mak ayah aq untuk melihat aq memperoleh keputusan yang cemerlang..Bolehkah aq membuat mak ayah aku mengalirkan air mata mereka kerana gembira melihat result aku. Tawakal lah kepada Allah.Sesungguhnya dia telah mengatur hidup kita dengan cara yng terbaik.
|
|