Umat Akhir Zaman
Assalammualaikum...
Seperti mna kita semua tahu,kita adalah umat Nabi Muhammad merangkumi umat akhir zaman.Tak dak dah nabi-nabi lain nk tadbir selepas ni.Hari ni aq nk ckp tntng ''kiamat''.Ramai gila orng percaya..
''WEI,2012 WEY DUNIA KITA NAK KIAMAT''
Jika ada salah seorang umat islam ckp mcm ni depan aq,tak lain dan tak bukan,dua das pelempang
aq bg nnt.
Kia kena pegang dengan hukum Allah.Bg aq bnda-bnda semua ni mengarut.YES!! kiamat itu memang akan berlaku malah dalam al-quran pun disebut.Tapi tidak wajarlah kita nk memspekulasikan perkara ini.Aku pun manusia biasa,takut juga dok dengaq kata nk kiamat dah,nk kiamat dah???
Tanda-tanda dunia nk kiamat tu memang dah ada,tapi berhak kah kita nk tentukan bila ia akan berlaku.Sedangkan Nabi Muhammad,kekasih Allah pun tak tahu inikan kita,hamba Allah yng lemah.
*sekerat ja aq tngk,iman lemah
*
Sepuluh Tanda-tanda Kiamat yang Besar
Ertinya :
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".(H.R Muslimi)
Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. *Sentiasa lah bertaubat kepada Allah*
Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
Gempa bumi di Timur. *ni bukan yang berlaku kat INDON tu ka?*
Gempa bumi di Barat.
Gempa bumi di Semenanjung Arab.
Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. *mengambil masa 1 hari untuk ke padang Mahsyar tetapi 1 hari itu seperti 1000 tahun lamanya*
Sekian...
Wallahhua'lam.....
Hello,Welcome to my blog . Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back,be happy to know more about me ;3
Diary
About
Link
Stuff
|