Cerita PMR aku.
Wednesday, 25 December 2013 • 06:32 • 0 comments
Januari 2013
Mulakan awal tahun dengan semangat yang sangat berkobar-kobar.
Semangat yang memang obsess dengan “Straight A’s Pmr”. Aku pun dengan
semangatnya membuat jadual waktu harian di rumah yang kebanyakkannya dipenuhi
dengan “study” dan “homework”.Even tidur pun pukul 12 atau 1.Hanya ditulis atas
sebuah kertas dan dilekatkan di atas meja untuk dijadikan hiasan bukan perbuatan.
Suasana kelas 3 Intelek pun sangat
pelik. Mungkin kawan-kawan lain pun berkeadaan seperti aku. Hari pertama
sekolah, guru-guru sudah mendedahkan kami dengan agenda masing-masing, nk ramai
straight A’s la, cara-cara belajar la and so on. Oh great!!
March 2013
Makin lama, semangat makin berkurangan. Jadual harian entah
ke mana dicakar kucing aku. Study dalam satu hari kadang-kadang 2 atau 1 jam je
ataupun x langsung. Kehidupan berubah 180 darjah berbanding awal tahun haritu.
Pelajaran semakin merosot. Kadang-kadang 6A kadang-kadang 7A je every exam.
Cerita korea makin hari makin syok membuatkan aku addicted. Hari hari dihiasi
dengan lagu lagu korea dan kumpulan korea yang hensem lagi macho.Pergh, x
pandang laki lain dah aku. Cikgu,parents jangan cakap la, 24/7 depa
nasihat,marah suruh study. Kiraan hari di papan putih depan kelas, buat tak
tahu je, tengok tak dak feeling langsung kata semakin hari semakin dekat dah
PMR.Memang dasar tak sedar diri betullah Syasya ni.
June 2013
Deman percubaan semakin berleluasa,tak cukup dengan PMR,SPM
pun ada juga. Time ni baru sedar diri sikit kata diri tu dah jauh tersasar.
Pergi mana-mana pun bawa buku, even turun kantin makan. Bukan sahaja berlaku
dalam diri aku,malah kawan-kawan aku juga. Pelbagai teknik mengulang kaji
diperkenalkan,tak juga ketinggalan teknik menghafal sejarah dengan cara yang
pelik,juga menghafal jenis-jenis logam dengan cara yang betul. Time cikgu tak
masuk kelas,bleh dilihat pelbagai jenis buku di latihan di atas meja. Suara Jay
yang duk hingaq ulangkaji dengan afiqah masih lagi terngiang-ngiang di kepala
aku. Pelbagai teknik yang pelik-pelik depa reka yang kadang-kadang aku sendiri
pun nk terikut sekali. Masih ingat Shahira and the geng kat belakang tempataku,duk study sambil bercakap tentang kpop. Pergh,dugaan betul… Namun,Alhamdulillah,
keputusan trial PMR, semua orang mendapat result yang bagus.Bilangan straight A’s
pun meningkat walaupun tak la setanding kelas 3 Cemerlang.
September 2013
Waktu ni, memang gila ketara.Lagi sebulan lagi nak Pmr weyh.
Henset aku siang malam berkerja,menghantar mesej, dan juga menerima panggilan.
Tak kira kawan ataupun guru. Kredit aku bnyk dihabiskan dengan menghantar mesej
kat cikgu-cikgu tnya masalah. Hahaha…
Tak lupa juga facebook ,twitter dan gmail. Media social sangat memainkan peranan. Apabila
log in ja ada sahaja dm dari kawan-kawan, begitu juga twitter. Emel juga
begitu,tidak lekang dari homework cikgu-cikgu yang begitu semangat memberi
modul-modul dari negeri-negeri lain. Time ni, tidur pun sudah tidak teratur,
tidur pukul 1 bangun tidur pukul 3 atau 4 pagi. Mata panda? Jangan tanyalah. Seinci compact
powder aku letak dekat mata kelliling mata aku. Syifaa’ dan aku berjanji untuk bangun sama-sama pukul 3 pagi. Sangat
mencabar.Waktu waktu begini baru tahu betapa pentingnya tutor tv di astro.
Channel 602 jadi channel utama keluarga
aku even ayah aku pun x leh nk tngok awani. Haha Sorry papa.
2 Oktober 2013.
Peperangan bermula. Segala usaha yang dilakukan diharap
membuahkan hasil. Waktu ini baru menyesal yang selama ini main je banyak.
Sepanjang minggu peperiksaan,mama dan papa tidur di bilik aku kononnya nk
berkorban menemani syasya study. Pagi hari pertama Pmr, aku melihat papa membaca yasin selepas subuh di ruang tamu
untuk aku dan juga kakak aku.Hanya Allah sahaja yang tahu mcm mana perasaan
aku,bertuahnya aku dilahirkan dalam keluarga ini. Hari itu juga kakak aku yang
belajar di maktab juga akan menghadapi peperiksaan yang penting. So two in one
kata papa.Aku dilayan seperti princess. Makanan aku dijaga dan Pelbagai pesanan
dan nasihat keluar dari mulut mama dan papa. Sebelum pergi sekolah pun aku
menerima banyak panggilan dari ibu saudara dan juga adik beradik aku. Sangat
terharu sehingga aku sendiri keluar air mata. Bersalam dengan papa dan papa mengusap kepala
aku sambil berkata “Jawab elok-elok tao”, AllahHuakbar…..
Segala berjalan dengan lancar sehingga saat aku duduk di
atas kerusi dalam dewan peperiksaan.Saat itu apa yang aku fikir ialah harapan
mama dan papa. Doa dan zikir tidak lekang dari mulut aku. Dengan lafaz
basmalah, aku jawab dengan hati yang tenang,aku mulakan detik-detik penting
dalam hidup aku dengan pensel 2B dan highlight warna pink berjenama stabilo.
Hehehe…
December 2013
Tidur tak lena, makan tak kenyang mandi tak basah, artis
artis korea pun sudah tak hensem dek kerana memikirkan keputusan yang bakal
dikeluarkan . Oleh itu, aku mengambil keputusan untuk tidak langsung membuka
media social sepanjang bulan 12 sehinggalah result keluar. Aku sangat takut
melihat kawan-kawan aku tweet,update status tentang PMR, sangat takut. Adik beradik
aku jangan tanyalah,tak habis habis mengusik aku. Saat aku menyangka result
akan keluar pada tanggal 23/24 haribulan, aku masih lagi berfikiran waras, namun apabila kakak aku kata dia sudah
menerima surat dari kpm menyatakan result keluar 19, yang hanya tinggal
seminggu mungkin ketika itu, aku boleh jadi gila… memang tidur tak lena baq
hang. Malam sebelum keputusan keluar, aku menerima banyak panggilan yang sangat
buat aku terharu, dari Tok Ngah, Mak Cik Yati,Mak su dan tak lupa juga Jayshan
yang selalu buat aku ketaq tak sudah.
19 December 2013
Afiqah datang rumah, sembang punya sembang,jam makin dekat
dengan waktu nak ambik result. Macam-macam adegan yang terjadi dekat rumah aku.
Masing-masing dengan kepala angin sendiri, naik tension aku dengan adik beradik
aku.
Sampai dewan, semua muka ketat gila. Ada yang menangis,ada
yang dok sengap kat penjuru,mcm mcm la. Aku sampai ja dewan lari terus pergi
kat alia, pegang tangan dia tak lepas sampai nama panggil. Mama, dan adik
beradik aku yang lain semua dah pergi depan.
Saat keputusan diumumkan,hati ni duk fikir,”kalaulah aku tak
dapat straight A’s, mampoih aku kena usik seumur hidup,mana aku nk letak muka
dengan cikgu-cikgu,kawan, dan semua”
Hanya Allah saja yang tahu perasaan aku apabila cikgu umum
nama aku dalam kalangan pelajar yang mendapat straight A’s. Ambik result dekat
pengetua,tangan aku ketar sangat dan itu yang buat aku malu. Hahaha,then aku
lari pergi peluk Alia kat atas. Ya Allah, aku dapat straight A’s… hahaha
Saat orang ramai duk tangkap gambar, pergh dengar bunyi snap
kamera, rasa macam artis pula weyh…. Then pergi tangkap gambar dekat stadium
mini pula. Lagi sekali rasa mcm artis pula.Haha
Then, aku pergi KMC pula melwat papa. Haha, sampai je papa
tnya “Syasya dapat straight A’s hah, haaa tahniah”, then dia duk sengap balik.
Aku dah kenal sangat perangai papa, memang dia takkan tunjuk bangga depan
anak-anak dia,Bukan aku sorang je,semua abang,kakak,adik aku pun memang dah
tahu perangai dia mcm tu. Tapi perangai mcm tu buat aku lgi sayang dengan dia. Hehe.
_________________________________________________________________________________
Last word, jutaan
terima kasih kepada Mama,papa, cikgu
sekolah rendah,cikgu form1,form2 and form3, rakan 1 cerdas,2 intelek,3 intelek,
mak saudara,ayah saudara,sepupu, dan semua yang sokong Syasya dari kecik sampai
besaq,dari awal tahun sampai hujung tahun. Masuk tahun 2014 dengan azam yang
baru.Moga sokongan kalian semua terus berkekalan sampai dapat title Doktor.
Wahaha,InshaAllah.
Leg Note
*Penat jariku taip
|
|